SURAU ASSYAKIRINWaktu SolatVISI DAN MISIVisi
Pusat ilmu membina modal insan berkualiti dunia akhirat Misi Merealisasikan fungsi surau sekolah sebagai pelengkap pembelajaran memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi Moto Selangkah Ke Surau Selangkah Ke Syura MASA ITU EMAS
SABDA NABI SAW YANG BERMAKSUD:
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah swt akan melorongkan baginya jalan ke Syurga" ADMIN BLOG:
|
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Surau sekolah merupakan syiar Islam di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian. Surau Assyakirin merupakan surau yang di bina untuk warga sekolah Sk Sri Kelewek.Blog yang dibangunkan ini bertujuan untuk memberikan maklumat yang dapat dikongsikan kepada semua pengunjung blog ini mengenai surau assyakirin serta aktiviti-aktiviti keislaman khususnya yang telah dijalankan di surau assyakirin oleh pihak sekolah Rasional 1. Surau adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian. 2. Menggerakkan aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan. 3. Pelajar-pelajar kurang berminat dan tidak suka berada di surau malah mereka tidak memanfaatkan setiap detik masa ketika berada di surau 4 Terdapat surau yang tidak diurus dengan efisyen dan sistematik sehinggakan ia kelihatan terbiar, lesu dan tidak terurus. 5. Penglibatan warga sekolah terhadap aktiviti surau tidak menyeluruh. Objektif 1 Mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan. 2 Melaksanakan pengurusan surau dengan efisyen dan sistematik 3 Memupuk minta dan tabiat pelajar supaya rajin berada di surau dan memanfaatkan masa sebaik-baiknya 4 Melatih pelajar dengan kepimpinan dan syaksiyyah Islamiah yang unggul. 5 Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan keagamaan dan isu- isu semasa 6 Mewujudkan surau mithali yang menekankan kepada budaya ilmu dan pembinaan insan PEMBINAAN SURAU |
PAUTAN ONLINE
PAUTAN ONLINE SKSK
|
Links 1Bestarinet Daerah Tanah Merah
LINKS
Penafian: Unit Teknologi Maklumat SK Sri Kelewek dan Pihak SKSK adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Website ini sesuai dilayari dengan menggunakan pelayar Chrome & Mozila Firefox..